bukansiput

Friday, September 7, 2012

adat semasa berkunjung ke rumah terbuka (mood raya lagi kan..)

Salam,

Cemana raya? ok..dah menghampiri minggu terakhir syawal ni, tetiba je ada rumah terbuka nak kena pergi. baguslah tu..gaji pun lambat lagi kan? hehhee...Disebabkan masih dalam mood raya ni, lulu nak berkongsi pendapat dan adat semasa kita mengunjungi rumah teman2, sedara mara, jejiran...atau rumah terbuka la senang citer...walaupun xdelah banyak rumah terbuka yang lulu pergi, uols la, x jemput pun lulu ni ha, tak baik u ols taw...hukhuk.

Dah dah..jom ikuti tatacara sebagaimana pendapat lulu sebagai orang melayu kampung yang berbudi bahasa bersopan santun gitu...yerrrr kerrr? (jangan dengki, sekali sekala nak jugak lulu memperasankan diri..kihkih).

Tatacara/tatatertib/adat mengunjungi openhouse seperti berikut:

1. cubalah sedaya upaya penuhi undangan open house yang diterima (pandai2lah u ols susun time sendiri). Orang dah jemput ni, x baik kita hampakan..kan gitu ker?
2. Ikut time tuan rumah...kalo dia kata open dari kul 10 pagi  tu, jangan lah  u ols datang kul 6 pagi lak (melainkan kalo nak tolong masak skali..)
3.  Sebelum masuk, bagi salam dulu yer..jangan main terjah jer..di sini dimaklumkan jugak, kalo u ols yg sampai dulu dan tetamu yang terkemudian tu bagi salam, korang dalam rumah tu jangan buat derkkkk je...syok makan sampai x jawab salam orang kat luar nun..isk, x sopan la gitu...salam tu wajib jawab..ada paham!
4. bila masuk umah tu, janganlah jalan menonong je kot iya pun tu rumah mak sedara korang yang paling kamceng. Salam la tetamu lain yang dah ada dalam umah tu (agak2la.....kalo x dapat slm semua, salam la yang mana korang lalu depan idung diorang tu pun kira ok dah...) ni satu lagi, jangan salam rawak pulak, salamlah dengan orang yang kamu dihalalkan bersalam...jangan lebey2, ku ketuk kang...
5. Lalu depan orang tu, tundukkan sikit badan..(posisi badan jangan tegak macam berkawad walaupun korang askar komando sekalipun)..Ini sebagai tanda menghormati tetamu lain, diaorang pun paham la tu, kita nak bagitau diorang kita tengah mintak tumpang lalu...tak paham jugak tak tahulah..
6. Dah jumpa tuan umah, boleh la makan..(kalo tuan umah sibuk sangat  sampai susah nak bersapa, korang makan jelah...jimat masa, pasni nak gi umah lain pulak kan?..hehehe. ni ajaran sesat pun ku tak tahulah...main taram saja)
7. Makan ni ambil la yang dekat dulu, pastu bolehlah pusing lipat..kihkih. Makan aje apa yg tuan umah sedia, jangan banyak komplen..komplen banyak betul, buatlah sendiri tengok....
8. Jika kita ni muda, gadis muda belia macam i ni la (hikhik..sambil ketawa bersopan ni taw), ambilkanlah hidangan untuk yang lebih tua...jangan korang buat hal pegi berebut sapa dulu pulak dengan yang dah veteran2 tu..kang tak pasal2 kena libas ngan tongkat diorang..lulu tak jamin u ols...(kepada yang muda belia bertenaga gagah perkasa lagi tuh..ambiklah sendiri..huh)
9. Makan pun pandang la kiri kanan, jangan wat buruk lantak pulak...makanlah seadanya, simpan skit perut tu nak gi umah orang lain pulak pasni kan....
10. Menyembang tu boleh, xde salah asalkan jangan over sampai ganggu orang lain pulak. ditekankan di sini, jangan jadikan rumah terbuka medan korang mengumpat pulak...elok2 tadi niat baik cara baik, jangan cemarkan denagn sesi umpat, makan ketupat je udahlah. maklumlah jumpa kawan lama ni banyak mende nak stori mori kan? bercakaplah selagi korang terdaya...dan make sure orang lain pun terdaya nk dengar, jangan cakap sorang2 sudahla.
11. jangan duduk berkampung pulak, tuan umah dah banyak kali tengok (diorang xkan la nak cakap 'nak tido sini ker?'). u ols agak2 la, jangan berlama2 sangat, tuan umah punnak berehat jugak...xkanlah nak layan korang sepanjang hari...tolong basuh pinggan ada gak pekdahnya.
12. Bila nak balik maklumkan pada tuan umah dan ucapkan terima kasih kepadanya.

Ni pendapat peribadi je, u ols nak ikut ke xnak ker, sokahati lah.

esok ada openhouse, yea yea....

No comments:

Post a Comment