bukansiput

Monday, November 21, 2011

Harimau baham garuda

Tahniah! Tahnia! Tahniah! Tiada kata untuk untuk mengzahirkan tahniah dan terima kasih kepada team Harimau Muda. Jantung seperti hilang rentak, tak senang duduk, kadang tercongok kadang berdiri, kadang ke depan kadang ke belakang. Serba tak kena jadinya. Meniti kelibat setiap pemain, mana boleh duduk diam. Selawat dan tasbih mengiringi setiap gerakan anak bangsa yang berhempas pulas melawan serangan garuda yang tak berhenti menyerang. kiri dan kanan, depan dan belakang! Berapa kali pemain kita jatuh tersungkur..kita hanya mampu berbisik...BERTAHAN!!! dan berapa kali juga lawan kita tuh jadi pelakon di padang...meluat rasanya. Cuit sikit terguling2 macam orang nazak. terus dapat surat cinta. Kalo belah kita, dah patah riuk pun, lepas garu-garu daaaa yang botak tu berlakon minta maaf je terus referee diam! xde pulak nak layang2 kad kat depa. Kalo nak diiuktkan, mental sapa yang "tak mental"??

namun, setelah berjuang berhabis-habisan...harimau yang cedera masih mampu melenyapkan harapan indonesia, sekaligus memakbulkan harapan penyokong team malaysia yang tak berhenti-henti mendoakan kejayaan mereka dari jauh. Ketinggalan 1-0 pada minit awal menyentakkan juga! namun nyata pemain masih mampu mengekalkan rentak dan semangat juang. gol penyamaan dari Asra menyemarakkan semula semangat pemain. Sukar...memang sukar bermain dengan masa yang panjang..lebih 2 jam. Penalti jugak akhirnya...tak kisahlah. Sepakan bertenaga ke pintu sarang garuda dari Badrol mengembalikan maruah negara. sekaligus melenyapkan harapan jutaan penyokong garuda. Penalti : 4-3. Masa sebegitu lama hanya untuk yang benar2 wira, orang biasa macam kita ni..lari tak sampai 10 minit dan pancit.



Untuk wira yang tidak pernah berhenti berjuang, dan juga jurulatih yang tidak kenal jemu, kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan anda semua. Keep it up. Terus berjuang!!! BERUSAHA BERUSAHA!!!Terima kasih kerana menjadikan hari2 kami lebih terang dan bertenaga!

Thursday, October 27, 2011

Bersedihkah dia?

kuterima berita darinya
disampaikan duka
atau helah penenang jiwa?

dalam titip tulisannya bernada gelisah
dalam hela nafasnya ada ritma kesah
menuding pesalah tak mampu memberi noktah
kelemasan dia dalam pasrah yang tak sudah

sedang meranakah dia di sana?
berlembar nota yang menghimpun resah
dilayangkan padaku yang sukar mengerti
menderitakah dia?
mengharapkan jawapan lain selayaknya
bersedihkah dia?
bila jawapanku hanyalah
............. friend, its ok. there's nothing.


Tuesday, October 18, 2011

brekfes..lalala

My breakfast..start my day with hot drink and oat cracker..then do my work as scheduled. mY work...hahhaa, read without digest, but have to conclude what they discuss about into 1-4 words. more than that, read author's  mind.

Wednesday, October 12, 2011

Beli pun sodap....

Nak buat ke nak beli?..tiba-tiba je rasa nak makan kek..hmmm, sedapnya bole mkn kek ngan hot chocs. teh o pun ok. Better buat sendiri ke better beli? mana yang lagi sedap..kalo buat, belum tentu jadik, kalo beli...kalo x jadi, bukan salah kita tapi salah adunan pengeluar. belayar jap...ha jumpalah senarai ranking kek sedap di pasaran mengikut majalah Bon Appetite. Ni lah ranking ikut kategori Yellow cake mix (straight-from-the-box) kan senang tuh.


Favorites for Flavor

#1 Betty Crocker Super Moist Yellow Cake Mix


 
   
 
 
#2 Duncan Hines Moist Deluxe Classic Yellow Cake Mix



#3 Pillsbury Moist Supreme Classic Yellow Cake Mix






Source : BonAppetit.com

Monday, July 4, 2011

hari minggu oh hari miggu

hari miggu. bangun pepagi aku rasa sangat le boring. nak sambung tido, ustaz aku ckp, rezeki xnak dekat nnti. setelah berpikir2, aku decide utk bangun jelah. aku jenguk dapur, ingatkan nak perabes nasik dingin smalam...belek cooker, loh, xdak apa????ooo..mana ada aku masak semalam, mkn kat opis je. dah lama jugak x masak ni..tumpul nnti bakat terendam yang ada. next time la. (slalunye berapa puluh next time pun x jadi2 jugak..bukan silap aku, dah xde kesempatan nak wat cemana..bukan salah aku kan? kan?) ok, sku selongkar lagi..adala roti sandwich..apalagi, terhasillah scramble egg + roti + mayonis + secawan nescafe. Korang mesti ingat aku keseorangan di rumah bujang ni kan? hahah..sebenarnya ada orang lain...ni aku nak mengutuk diorang skit. sorang xpela, outstesen, x salah dia la kan. 2 orang lagi ni..mengulau lagi time aku syok bersaparan sorang diri nih...aku jaki la tgk depa best je layan mimpi...aku bukak radio kuat2...oooo, sempat lagi deme 2 ni tarik bantal tutup tlinga. xpe..xpe..aku bagi ceramah sedas 2 das kat telinga depa dengan gaya mak tiri sejati..terbangun la 2 baby tua tu. depa ni cuti sem je lepak umah aku, saja la tuh melarikn diri dari tanggungjawab sosial...kalo kat umah, dah kena sembur ngan mak aku ni. tapi, balik nnti report tetap report kat mak aku, konfem depa kena ceramah ke2..hah sonot sonot.

sambil menunggu depa mandi, aku menikmati bekfes aku yang saat itu aku rasa seperti terbaik dalam miggu ni. siap ada dizet lagih nih..krepek pisang ngan ikan bilis. yummy yummy. dah siap sumer kami bertiga meredah heway menuju s.alam dengan ingatan yang tak berapa ingat jalan menuju ke bkit cerakah. seperti biasa, perlu u-turn untuk sampai (mesti terlepas dulu jalan yg benar..lama skit xpe, yang penting sampai akhirnya). aku dah lama x pegi s.alam, sure la ingat2 lupa jalan kat sini (boleh pakai tak halasan tu..?)

kami tertunggu gak mana adik laki x pernah kemas yang pau duit 2 ringgit tiapkali msuk parking ri tu. xde plak ri ni. parking free ker? waah..bagus bagus..lps tu berjalan la kami bertiga menuju ke kunter tiket. masa tu cuaca dah agak panas jugak la. kul 12 thari, mana nak sejuk lagi dah..hmm

Tiket masuk: RM3 x 3 orang = RM9
100 plus = 2.50

booking waiting list dulu kat tempat sewa beskal. sejam pertama = RM5, tambah RM1 untuk 1 jam seterusnya. aku tulis nama aku masa register tuh. budak kaunter tu senyum2 lepas aku tulis nama. saja la tuh gelakkan nama aku. cheh...pastu adik tu panggil nama orang yg dalam list tu kuat2...xde sorang pun yg menyahut. cepat la nampaknya giliran aku nnti. sampai nama aku, dia sebut perlahan jer..pastu senyum2..aku geram je nak sound "apa??? ko rasa lawak ke nama aku? ko sengih2 apasal??"..tapi tu dalam ati je..x gentleman plak kalo aku sound sebegitu rupa, arghh..,x puas ati! akuamik beskal cepat2 n blah cepat2...round2 kawasan je...lenguh jugak time mendaki tuh..metabolisma aku dah menurun ke? cepat je letih ni....eh, metabolisma plak, stamina la....

sebab dah tak larat, aku berguling2 kat tasik sebelum masuk rumah 4 musim. lepak kat situ je. msuk umh 4 musim, xde apa pun..sbb xdak musim..hmmm nasib baik free..just dapat sejukkan badan jela..kam berpusing2 je, sambil amik gamba sesnap dua. gambar bukti, kang ada yang tanya betul ke pegi, bulih tunjuk bukti dengan angkuhnya..hehe. ala,,,dah penat,,balik la. tak dan nak round sumer, sbb kepenatan tahan kritikal nih..return beskal kul 1.30

sewa beskal : RM5 x 3 = RM15

Perut pun ngah menyanyi lagu hiphop nih. berkecamuk je rentaknya. singgah solat zohor kat mesjid salahudin. pastu terus berdesup ke pkns..cari nasik la wey....lapo lapo nih. siap makan, pusing2 jap...terus balik umah. yeayea...kali ni x sesat lagi. cepat jela samapi umah.

malam, sambung baca novel yg dibeli 2 miggu lepas...ntah bila nak abes, sampai kul 4 pg tak abes2 jugak.tebalnya..baik aku tido jela...zzzzzz

Tuesday, June 21, 2011

If you were..Then,..

If you were to go
...Then you could just fly away


If you were to leave
...Then you could pick any train
How could I send you away?
...Then you could feel free to move

Tuesday, May 31, 2011

beday...i dun like it

dia year no cake, but ice cream..yummy

ari minggu lepas beday aku. Bila time bday jer..aku slalu pikir "cepatnya masa berjalan, banyak lagi tak buat..sempat ke aku buat sebelum bday terakhir???"..seram pulak aku fikir balik, umo makin banyak tapi xde apa yg aku capai..bila kira balik, tak banyak perkara yang membanggakan aku buat sepanjang usia ni, yang memalukan diri sendiri tu banyak la pulak..tiap hari ada saja benda yang boleh buat aku rasa macam "alamak...kena lagi ke????". Rasa betapa singkatnya hidup...macam baru je aku bersesak nafas ambik PMR..tup2 dah sejauh ni bilangannya (tahun semasa tolak tahun mak aku lahirkan aku dengan susah payah). Masih rasa segar lagi dalam pemikiran aku (yang selalu hilang ingatan ni) rentetan pkr yg aku buat spt di bawah. dah kata rentetan tu, faham2 je la..kedudukan masa perkara yang dicatatkan adalah mengikut turutan seperti berikut:

zaman bak beringus
attend skola rendah
sayang cikgu
windu kawan
kampung life
tangkap ikan
camping
skolah menengah..ala, cepatnya masa
campus life..windunye
working life..no comment lah


...hmmm

Saya suka balik kampung

Esok saya nak balik kampung,,,nun jauh kat ujung negeri segantang beras tak berguni. tapi dah genap seminggu saya dalam mood balik kampung, badan je kat sini, hati dan jiwa dan terbang dengan aktiviti dan panorama bendang padi yang dah berubah wajah jadi bendang tembikai. Mata dan layar pandangan dikaburi budak-budak round kampung di waktu petang, ada yang bertenggek di tepi jalan membincnagkan isu-isu semasa dan isu lapuk. Halwa telinga saya hanya ditimpa bunyi air sungai mengalir laju (dan bebelan mak saya juga kadang2 singgah), bunyi kokok ayam suruh bangun subuh..kicauan burung kasi warning "oii dah pagiii....jangan nak membuta!!!"....tambah best lagi, hanya aroma kampung yang melalui hidung saya...bau asap api, bau baruh, bau rumput....(yang wangi je, yang kurang wangi...keep it secret..hahaha)

waduh..aku ditimpa sentimental pulak...kembali!!! kembali!!!!

ok, dah kembali ke alam nyata. Time nak balik ni la pula tetiba makin banyak keje nak kena setel..huhu. tak boleh jadi nih..berusaha! berusaha! mengclearkan meja sebelum balik. sebelum ni xdak, time kecemasan macam ni la sumer kena due date..kejar jangan sampai terlepas due date..Masa aku free dan kelapangan dia xnak kunjung tiba walaupun eden memakso, saja la ni..huuhu.

Wednesday, May 4, 2011

klbf sesak nafas


Orang dok cerita pasal klbf, kat tibi pun dok pomot pasal klbf...KL Book fair ya...aku pun amik kesempatan di ari minggu ..trun dari umah kul 11 pg ngan my pren..kat kul 12 baru sampai, jalan..adushhh jammed gilerr....parking toksah citer rrr, memang jangan mimpi dapat..aku park kat tepi h/way...kalau kena saman= xpe....kalau kena clamp= haruuuu....alaahh...byk yg park kat sintu, for sure stock clamp abes nyer..ok, berbalik ke citer kat dalam lak, aku n pren masuk la menjengah..selaut manusia. dok terpikir, dari mana sumer sampai leh jadi seramai ni? sampai nak jalan pun bersesak sesak..suasananya boleh digambarkan spt korang jalan kat Jalan TAR masa dekat nak raya...gitulah rupanya. Aku nyer plan, nak beli itu ini dah terbantut..memang x mampu sampai ke tmpt dituju, kkami sempat pegi satu tempat je...capai je 2-3 buku kat situ dan blah....otak xleh fikir apa, main tarik je. xde nak tgk2 dulu, belek2 dulu, semak2 dulu...dah balik umah baru check, buku apa yang aku beli tadi???? huhu.....sedis tol. apapun aku dah abes baca sumer selepas tempoh 4 ari. buku yang x besh tu aku langkau jela...wat conclusion sendirik..heheh

Wednesday, April 6, 2011

mari menonton ya adik adik....


date: 1 April 2011
Time: 8.30 pm

enjoy watching awie..ups ekceli..Lat ...awie was the actor who played Lat's character..kebetulan saja, hari aku pegi nonton nya sama dgn ex-pm dan dato' Lat skali..so the audiences is full..n fully seated....untung Hans n da gang..

golap ehh...


saya budak baru belajar

its about 2 weeks...i attended cooking class..i take it as learning period to know how and why for every single my confusion...i just wanna know, why they do like that? and how the right way to make sumthing better...my instructor showed me what i expected to know..of course in her style la..never mind. so, todate, i learned how to bake 3 recepies..butter, chocolate and carrot cakes.dun b jealous huh. upss...plus cheesy taste topping also. hehe
here i share wif u..aneyy..wanna try these? then come over here..hahha
machine...cook's bestfriend
butter cup cake
chocolate cup cake..yummy yummy
carrot cake with cheese topping
i wanna all!!!

Monday, March 14, 2011

fact of the day : Cities

tHE Only cit in two countinents: Istanbul, Turkey is partly in Europe and partly in Asia.


The only city centre with no cars is Venice. its only traffic is boats on the canals.


* renungkan, jangan dok termenung je....
cheqkam berangan dah sampai ke Venice..nak pegi xdak wit..uhuk, menabung spoh taun bau dapat pi ko...

Fact of the day : The world in a single day




in one day (24 hours or 1440 minutes or 86400 seconds), the world turn once on its axis. During taht time, an average 364,936 people are born and 152,029 people die.


renung-renungkan, jangan asyik termenung

Sunday, March 6, 2011

snail

sometimes the way home takes so long
sometimes i get so tired and exhausted
as soon as i opened the door, i fall asleep
and when i wake up no one is there
when i lay my body in the small bathtub
a small snail comes to me
with his small voice, he whispered to me
*that someday when that day comes
i will go to the ocean at the end of this harsh world
no one saw it but
i will follow the waves that i can hear in my head
i want to go forever
on the road filled with cars
in as small corner store
i headed out on the street
with a pack of cigarettes and a melting ice cream bar
the sun is up high, shining on me
when small snail suddenly comes to me
and greets me
and sings for me quietly
*that someday when that day comes
i will go to the ocean at the end of this harsh world
no one saw it but
i will follow the waves that i can hear in my head
i want to go forever
i gave up my everything but
now everything is fading away like smoke
with my remaining strength
to finally satisfy and get rid of my dreams
to forget everything
i will cross the sea



Wednesday, March 2, 2011

sori pak...tak sengaja

Balik kerja kul 5.25 semalam. mata aku rasakan seperti takmau dibukak bukak lagi...mendaki bukit...hujung bukit ada simpang...byk kereta dari belah kiri sampai aku x boleh nak celah masuk line...jalan pulak masa bagai terhenti...sumer keta x bergerak. aku hulur sikit moncung aku sbb takut terrevers ke blakang. macam hari tu..hampir2 jer aku terrevers dan rempuh keta orang belakang. dah la tempat bukit..kalo terundur ..konfem naya org kat blkang (sbb tu la jgn dok rapat sgt...kang dah susah)..
sambung balik citer td..
baru je aku nk masuk line, keta dari arah kiri macam tak bagi  aku masuk...dia jalan terus je jgk..aku berenti la, dia pun berenti..la ni nak bagi ke x bagi ke tak ni? aku ngn x sengaja angkat kening tinggi2 (bermaksud,,,bagi ker tak bagi nih???) ..dia pun ngn bersopannya hulur tangan (yg bermaksud..sila sila...sila pegi dulu ..dah nak sangat...) hhhe

lepas tu baru aku perasan...berlagaknya ku?%*$#(@+

.....maaf pak, patik tak sengaja. dan...x berani dah nk tgk belakang pagi lepas tu..jalan terus je...hehehe

Friday, February 25, 2011

lift dan kawan lama

Semalam, aku kuar lunch kat luar...saja je. masa nk balik terserempak la pulak ngn kawan zaman skolah dolu-dolu. aku rasa cam kenal je budak ni...aku selamba je tegur...dia tgk je, aku konfem dia x cam aku dah..(dah jadi fenomena biasa). aku pun heran, nape ramai sgt yg x cam aku. aku cam elok je, walaupun last aku jumpa masa skola rendah dulu...TAK ADIL TAK ADIL. xpela, ingatan aku kuat kot...sedap skit ati fikir cenggitu. Tapi nasib jugak kawan ni pun slumber, borak punya borak...sambil aku perati,,,,alahai dah byak berubah mamat ni berbnading zaman skolah dulu...begitulah masa boleh mengubah seseorang...bagusnye kalau masa pun boleh mengubah aku, mengubah perasaan aku, mengubah rasa aku, ttapi sehingga kini berlembar ayat pun aku menafikan, aku masih mcm dulu..lemah hati aku (oppsss..dah mula dah...tersasar sekejap, kembali ke cerita ni, walaupun citer ni bukan citer seram, aku rasa seram jugak...sukati aku la nk rasa seram ke nak lawak ke,,aku punya citer)

kembali ke kisah tadi...

kwn aku ni dulu, punya la pemalu...tapi skang ni, slumber rock je aku tgk...hmmm. nasib baik aku ni bukannya pemalu sgt,,pemalar tu adala. lately ni, ramai la pulak aku jumpa kawan lama. mula la aku membandingkan diri sendiri ngn diorang...kawan aku kata, diorg nampak berusia, aku stil nampak muda lagi ...diorang nak dah ada  2 3 org anak...keje dah bertaun...aku speed lambat skit, baru je masuk alam pkerjaan, baru nk bertatih, baru nak jadi careerwoman. hmmm....dulu kita sama je, sekelas, sama melompat terkinja2 kat padang, dalam kelas berebut2 nk dok bwh kipas, ko duduk, aku tarik kerusi, aku duduk mu tendang meja, aku tiru homework ko, ko tiru copy aku....tapi itu dulu...jalan hidup kita kini berbeza..hmmm..dah tuakah kita?

hmmm.....


masih hmmmmm......

Sunday, January 30, 2011

my ears...

i think something wrong with my ears....
because everyday everynight
i hear your voices
even you're not around

        ngeh ngeh.....

.....sila pergi jauh sikit la...menyebok je


.....seram  betul.

Wednesday, January 26, 2011

kenyang, tapi sepi

"kenyang, tapi sepi"
 term yang aku baru dengar dari sorang member ni...nak terguling saat membaca bait bait statement tuh....
kalo aku, "kenyong bbetok" maksudnya kenyang sampai semput nak nafas pun tersekat sekat cam traffic jammed kat saluran pernafasan....gitulah perumpamaanye...tapi kurasakan ayat member ni mampu membuatkan aku tersengeh simpul....ada ker?...kak kah...(sambung baki gelak)


oh memberku di sana...makan je la...apa susah...negara lain, nak makan pun susah...ko ,,susah betul nak makan...hmmmm

the secret is still my own

you don't know

till now..

because i don't wanna tell you

even one word

Thursday, January 20, 2011

read before use, not read after use

awl taun ritu aku ada beli majalah..dlm tu adala free sample  yang sekenit je saiz dia. terpampang la word "NIGHT REPAIR" yang sebesar umat. aku cabut dan letak la dpn cermin...mas tuh xde keinginan nak guna pun...apatah lagi nak baca. Setelah dan nak masuh 2 bulan menda alah tuh tersengih2 kat dpn cermin...bagai memanggil2 utk dibuka...aku pun berbaik hati la ...amibik gunting n loboskan skit paket dia tu..kebetulan muka aku kering sangat sampai terik rasanye. sebelum tido di satu malam yang pekat gelap tuh...aku yg sedang mamai2 ngantuk ni cuit skit dat NIGHT REPAIR....n lumur2 kat muka....then terus masuk tido..
esok...
lusa...tulat....
berlaku la perkara terlarang tu hampir seminggu lamanya.....sehingga sudah tumbuh keturunan jerawat baru dan muka aku jd menggelupas...alah kat seafood la tu..tu la gatal sgt gi mkn udang semalam.
ntah kenapa mlm td...lepas bsuh muka...aku ni bersiap siaga nak tido la emngenangkan esok nak keje.
sebelum tu rajin pulak aku pg kat cermin dan menitiskan cecair pekat likat tu ..dan dilumurkan ke muka...sapu2...sampai terpeliot muka aku. masa tu la jugak dtg roh dan bisikan spt memberitahu aku...mcm kenal je bau ni...ha...mcm conditioner pentin. aku capai paket kecik yang hanya tinggal sisa tuh...dan BACA.

L'OREAL NIGHT REPAIR....COMBAT 5 SIGNS OF DAMAGE HAIR
....HAIR????????
 WUT THE?????


maka berlari dengan kelajuan kuda jugala aku ke sinki dan membilas muka aku dgn beberapa kali cucian.

huhu....napala tebolos sgt...
lain kali baca sebelum guna...jgn main taram je...
huhu

Sunday, January 16, 2011

odit oh odit

hari ni odit...dept aku..mengadap pukul 10.00 am nnti. huhu....tensen + grrrrrrrrr = mood ari ni
baru je odit,...odit lagi....hmmmmm. xdak mende lain ke selain odit...alahai odit, sila la cepat berlalu

Thursday, January 6, 2011

secawan milo panas menikam aku

pagi ni tetiba je rasa nak minum milo panas...dgn pantasnye aku aku gi amik air panas, cari milo 3in1..ada...kutatang ke meja dgn harmoninye

...kacau2

..dn kuhirup laju

..yARRRkkHHHHH

panas nyer....rosak kutikel-kutikel sel di lidahku

hadoi...

...skrg xde rasa apa lagi, sbb lidah aku sakit bagai direbus air milo panas...

cheh milo, kau tikam aku dari depan..berani sungguh

Sunday, January 2, 2011

tahun baru lagi.......

2011...
la dah abes 2010, rasanya mcm baru je masuk  2010..fuhh cepatnyer masa berlalu..pikir punya pikir, xdak pun benda yg bombastik yg dah aku  capai taun 2010...hummmm..sedis sungguh. dahtu? xkan nak biarkan mende yg sama gak utk taun ni...x boleh jadi nih...kena capai gak cemana pun..tapi...


....nak capai apa?

....loh , lom create azam rupanya. nak kata bizi, xdaklah bizi mana pun...ni mesti kes malas pikir ni...

wajib wajib cipta azam ni...

sambil drive gi kerja (1st day taun baru lewat msuk opis...lewat 2 minit..esok kn awal 2 minit la plk) aku mikir punya mikir...nak azamkan apa...dah 3 haribulan, azam xdak lagi...

masa drive berangan2 dapat 1..masa jlan dapat skit lagi..aku senaraikan seperti turutan keutamaan spt di bawah:

1. Teropong (jelesnye tgk geng ada teropong besor2..aku nyer sebesar 2 keping stapler je..huh sadis)
2. fcuk(yang ni aku dah buat tabung harian..tapi belum isi..hehehe)
(disebabkan kedua2nya bersifat material...terpaksa la aku plus skit lagi baru nampak balance...sebagaimana di bawah...skrol ke bawah ye)

3. bayar sewa umah sebelum 5 haribulan setiap bulan...
4. baca sebuah buku sebulan
5. bangun awal 15 minit dari jadual taun 2010 (pagi tadi berjaya,,,yeayea)
6. jogging/exercise minima 2 kali seminggu (bermula petang ni)


cukup la...byk pun kalo x buat x guna jugak...

doakan aku yer...semoga termakbul