bukansiput

Thursday, January 19, 2012

Tart Buah-buahan tak payah...senang saja (khas untuk yang serba kekurangan utensil memasak..hehe)

Nak buat tart sendiri kat rumah...tapi xde cukup kelengkapan? ni orang bujang lah...biasanya xde oven, xde mixer, xde loyang..jangan bimbang. anda masih mampu menghasilkan tat buatan tangan sendiri tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak untuk membeli keperluan2 memasak yang mahal2 tu (membazir je beli baru, sebab nak guna kadang2 je...kan ? kan? setuju tak??) ok, untuk kawan2 yang teringin sangat nak buat sendiri tat buah tu boleh la ikut cara di bawah; sila baca yea...

Bahan2:

1 paket instant custard powder                       RM3
3/4 cawan susu segar                                     RM1.20 (anggaran)
1 paket pastri- tart cup segera (12pcs)           RM2.70 (rungup dan boleh dimakan terus ni)
1/4 bar coklat masakan                                 RM5.90
Buah-buahan segar pilihan sendiri dipotong cumil2   

* Nota: semua bahan boleh didapati di kedai membekal bahan kek.

Utensil:
Tiada keperluan khas, gunalah apa2 yang ada kat dapur anda.   

Kaedah:
1. letak semua instant custard powder ke dalam bekas (ni pun nak kena cakap ker?). Lepas tu masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau sampai betul2 sebati. kalau rupa dia dah okay (rupa dia seperti custard yang dah masak..agak beku, seperti yang u olls makan custard yang siap dimasak tu la rupa dia). ketepikan....
2. Cairkan coklat pulak (guna dapur gas je...)
3. Ambil instant pastri (Rupa dia seperti cup...ada lekuk di tengah sebagai ruang nak letak inti. boleh terus   dimakan tanpa dimasak). susun dalam pinggan dan calitkan coklat cair tu di permukaan dalam pastry cup. Tujuannya supaya pastry x basah dan kurang rangup.
4. Isikan custard tadi ke dalam pastri. Hanya isi 3/4 penuh supaya ada ruang untuk letak buah pulak.
5. Susun buah elok2 atas custard.

Taraaaaaa...dah siap! Kalo nak cantik lagi dan nampak buah2 tu berkilau macam delima, sapu sedikit gula yang telah dicairkan di atas buah. Oh ya...buah tu ikut kegemaran u oll la, kalo saya, saya suka buah yang kecil dan senang dibeli je (cth: anggur, kiwi, straberi). Boleh juga letak buah dalam tin, cuma pastikan sirapnya ditapis dulu agar tidak rosak custard. peach dalam tin pun sesuai juga...sukahati u oll la nak baut pilihan.


gambar bawah ni saya google je, tapi hasil dia lebih kurang macam ni lah.

           

Monday, November 21, 2011

Harimau baham garuda

Tahniah! Tahnia! Tahniah! Tiada kata untuk untuk mengzahirkan tahniah dan terima kasih kepada team Harimau Muda. Jantung seperti hilang rentak, tak senang duduk, kadang tercongok kadang berdiri, kadang ke depan kadang ke belakang. Serba tak kena jadinya. Meniti kelibat setiap pemain, mana boleh duduk diam. Selawat dan tasbih mengiringi setiap gerakan anak bangsa yang berhempas pulas melawan serangan garuda yang tak berhenti menyerang. kiri dan kanan, depan dan belakang! Berapa kali pemain kita jatuh tersungkur..kita hanya mampu berbisik...BERTAHAN!!! dan berapa kali juga lawan kita tuh jadi pelakon di padang...meluat rasanya. Cuit sikit terguling2 macam orang nazak. terus dapat surat cinta. Kalo belah kita, dah patah riuk pun, lepas garu-garu daaaa yang botak tu berlakon minta maaf je terus referee diam! xde pulak nak layang2 kad kat depa. Kalo nak diiuktkan, mental sapa yang "tak mental"??

namun, setelah berjuang berhabis-habisan...harimau yang cedera masih mampu melenyapkan harapan indonesia, sekaligus memakbulkan harapan penyokong team malaysia yang tak berhenti-henti mendoakan kejayaan mereka dari jauh. Ketinggalan 1-0 pada minit awal menyentakkan juga! namun nyata pemain masih mampu mengekalkan rentak dan semangat juang. gol penyamaan dari Asra menyemarakkan semula semangat pemain. Sukar...memang sukar bermain dengan masa yang panjang..lebih 2 jam. Penalti jugak akhirnya...tak kisahlah. Sepakan bertenaga ke pintu sarang garuda dari Badrol mengembalikan maruah negara. sekaligus melenyapkan harapan jutaan penyokong garuda. Penalti : 4-3. Masa sebegitu lama hanya untuk yang benar2 wira, orang biasa macam kita ni..lari tak sampai 10 minit dan pancit.



Untuk wira yang tidak pernah berhenti berjuang, dan juga jurulatih yang tidak kenal jemu, kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan anda semua. Keep it up. Terus berjuang!!! BERUSAHA BERUSAHA!!!Terima kasih kerana menjadikan hari2 kami lebih terang dan bertenaga!

Thursday, October 27, 2011

Bersedihkah dia?

kuterima berita darinya
disampaikan duka
atau helah penenang jiwa?

dalam titip tulisannya bernada gelisah
dalam hela nafasnya ada ritma kesah
menuding pesalah tak mampu memberi noktah
kelemasan dia dalam pasrah yang tak sudah

sedang meranakah dia di sana?
berlembar nota yang menghimpun resah
dilayangkan padaku yang sukar mengerti
menderitakah dia?
mengharapkan jawapan lain selayaknya
bersedihkah dia?
bila jawapanku hanyalah
............. friend, its ok. there's nothing.


Tuesday, October 18, 2011

brekfes..lalala

My breakfast..start my day with hot drink and oat cracker..then do my work as scheduled. mY work...hahhaa, read without digest, but have to conclude what they discuss about into 1-4 words. more than that, read author's  mind.

Wednesday, October 12, 2011

Beli pun sodap....

Nak buat ke nak beli?..tiba-tiba je rasa nak makan kek..hmmm, sedapnya bole mkn kek ngan hot chocs. teh o pun ok. Better buat sendiri ke better beli? mana yang lagi sedap..kalo buat, belum tentu jadik, kalo beli...kalo x jadi, bukan salah kita tapi salah adunan pengeluar. belayar jap...ha jumpalah senarai ranking kek sedap di pasaran mengikut majalah Bon Appetite. Ni lah ranking ikut kategori Yellow cake mix (straight-from-the-box) kan senang tuh.


Favorites for Flavor

#1 Betty Crocker Super Moist Yellow Cake Mix


 
   
 
 
#2 Duncan Hines Moist Deluxe Classic Yellow Cake Mix



#3 Pillsbury Moist Supreme Classic Yellow Cake Mix






Source : BonAppetit.com

Monday, July 4, 2011

hari minggu oh hari miggu

hari miggu. bangun pepagi aku rasa sangat le boring. nak sambung tido, ustaz aku ckp, rezeki xnak dekat nnti. setelah berpikir2, aku decide utk bangun jelah. aku jenguk dapur, ingatkan nak perabes nasik dingin smalam...belek cooker, loh, xdak apa????ooo..mana ada aku masak semalam, mkn kat opis je. dah lama jugak x masak ni..tumpul nnti bakat terendam yang ada. next time la. (slalunye berapa puluh next time pun x jadi2 jugak..bukan silap aku, dah xde kesempatan nak wat cemana..bukan salah aku kan? kan?) ok, sku selongkar lagi..adala roti sandwich..apalagi, terhasillah scramble egg + roti + mayonis + secawan nescafe. Korang mesti ingat aku keseorangan di rumah bujang ni kan? hahah..sebenarnya ada orang lain...ni aku nak mengutuk diorang skit. sorang xpela, outstesen, x salah dia la kan. 2 orang lagi ni..mengulau lagi time aku syok bersaparan sorang diri nih...aku jaki la tgk depa best je layan mimpi...aku bukak radio kuat2...oooo, sempat lagi deme 2 ni tarik bantal tutup tlinga. xpe..xpe..aku bagi ceramah sedas 2 das kat telinga depa dengan gaya mak tiri sejati..terbangun la 2 baby tua tu. depa ni cuti sem je lepak umah aku, saja la tuh melarikn diri dari tanggungjawab sosial...kalo kat umah, dah kena sembur ngan mak aku ni. tapi, balik nnti report tetap report kat mak aku, konfem depa kena ceramah ke2..hah sonot sonot.

sambil menunggu depa mandi, aku menikmati bekfes aku yang saat itu aku rasa seperti terbaik dalam miggu ni. siap ada dizet lagih nih..krepek pisang ngan ikan bilis. yummy yummy. dah siap sumer kami bertiga meredah heway menuju s.alam dengan ingatan yang tak berapa ingat jalan menuju ke bkit cerakah. seperti biasa, perlu u-turn untuk sampai (mesti terlepas dulu jalan yg benar..lama skit xpe, yang penting sampai akhirnya). aku dah lama x pegi s.alam, sure la ingat2 lupa jalan kat sini (boleh pakai tak halasan tu..?)

kami tertunggu gak mana adik laki x pernah kemas yang pau duit 2 ringgit tiapkali msuk parking ri tu. xde plak ri ni. parking free ker? waah..bagus bagus..lps tu berjalan la kami bertiga menuju ke kunter tiket. masa tu cuaca dah agak panas jugak la. kul 12 thari, mana nak sejuk lagi dah..hmm

Tiket masuk: RM3 x 3 orang = RM9
100 plus = 2.50

booking waiting list dulu kat tempat sewa beskal. sejam pertama = RM5, tambah RM1 untuk 1 jam seterusnya. aku tulis nama aku masa register tuh. budak kaunter tu senyum2 lepas aku tulis nama. saja la tuh gelakkan nama aku. cheh...pastu adik tu panggil nama orang yg dalam list tu kuat2...xde sorang pun yg menyahut. cepat la nampaknya giliran aku nnti. sampai nama aku, dia sebut perlahan jer..pastu senyum2..aku geram je nak sound "apa??? ko rasa lawak ke nama aku? ko sengih2 apasal??"..tapi tu dalam ati je..x gentleman plak kalo aku sound sebegitu rupa, arghh..,x puas ati! akuamik beskal cepat2 n blah cepat2...round2 kawasan je...lenguh jugak time mendaki tuh..metabolisma aku dah menurun ke? cepat je letih ni....eh, metabolisma plak, stamina la....

sebab dah tak larat, aku berguling2 kat tasik sebelum masuk rumah 4 musim. lepak kat situ je. msuk umh 4 musim, xde apa pun..sbb xdak musim..hmmm nasib baik free..just dapat sejukkan badan jela..kam berpusing2 je, sambil amik gamba sesnap dua. gambar bukti, kang ada yang tanya betul ke pegi, bulih tunjuk bukti dengan angkuhnya..hehe. ala,,,dah penat,,balik la. tak dan nak round sumer, sbb kepenatan tahan kritikal nih..return beskal kul 1.30

sewa beskal : RM5 x 3 = RM15

Perut pun ngah menyanyi lagu hiphop nih. berkecamuk je rentaknya. singgah solat zohor kat mesjid salahudin. pastu terus berdesup ke pkns..cari nasik la wey....lapo lapo nih. siap makan, pusing2 jap...terus balik umah. yeayea...kali ni x sesat lagi. cepat jela samapi umah.

malam, sambung baca novel yg dibeli 2 miggu lepas...ntah bila nak abes, sampai kul 4 pg tak abes2 jugak.tebalnya..baik aku tido jela...zzzzzz