bukansiput

Monday, September 3, 2012

masam manis raya 2012

i nak jugak cerita pasal raya. jeles lak tengok ramai orang cakap pasal raya ni, well setiap orang ada cerita ceriti sendiri kan? raya taun ni macam kek sarawak, ada masam manis..manis masam, begitulah perumpamaanya.

yang manis dulu:

malaslah i nak menaip: letak gambar je senang

            kue tuk berbuka..dappnya akok ngan pulut serikaya tuhhhh...yummmy (kue tunjuk2 ok!)
          Kepada yng tak kenal, diperkenalkan inilah buluh lemang...ish ish susah budak2 bandar skang ni buluh lemang ada masalah nak kenal..emmm

(pulut + santan + garam ) x isi dlm buluh = LEMANG
puan-puan, ni la bahan-bahan nak buat acar timun mentah (baca slang cep wan u ols)
gulai darat (sbb belum masuk air)
                              
 Ok, dahlah beriang-ria tuh. dalam riang-ria aidilfitri tahun ini, terselit jugak la episod sedih bagi kampung kami kerana insiden jalan raya yang melibatkan warga sekampung dgn kami. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

nampaknya bab raya macam dah habis.

Friday, February 10, 2012

seorang tua membaca akhbar dalam kereta...senyap sahaja

cuti panjang. 4 hari kesemuanya.

ini cerita sebenar, bukan rekaan, berlaku depan mata sendirik nih. gini, hari cuti last week aku isi masa lapang setiap pagi gi joging. pagi2 lepas ayam berkokok je (alarm enset, kokokan dia siap ada lirik u ols...nak dengar ayam betul yg berkokok, jangan haraplah zaman skrang ni sbb ayam yg boleh berkokok dah pupus...hatta kat kampung aku skalipun, jarang skali aku dengar ayam berkokok-tidak pasti pula aku tak dengar disebabkan memang ayam yg berkokok dah pupus aku aku yang tido mati langsung x dengar ayam tu berkokok demi bangunkan orang kampung dari lena yang panjang) melalut lagi...oh tidak, kembali!

Pagi yang sejuk2 tu aku kuar rumah, aku pastikan aku kuar rumah sebelum jam 7 pagi. baru ada feel nak joging, hari belum panas, matahari pun masih malu2 nak munculkan diri. pada hari tu, aku hanya buat 2 round je. tu pun dah longgar segala urat sarat sendi yang tersimpul. tak mampu lagi aku nak cat walk sbb dah lolah sangat. aku kembali ke kereta dan ambik duit sikit nak beli sarapan kat gerai dekat situ. masa aku tengah kira duit, aku tengok kereta sebelah...dengan jelingan manja. ada seorang tua dalam lingkungan 60an kot sedang baca akhbar kat kerusi pemandu. u ol jgn heran pulak, kereta dia tak idup pun, lokasi adalah tempat parking di taman yang digunakan oleh public. kotlah korang salah paham ingat aku tengah maksudkan kereta tu tengah bergerak. so, xdelah heran mana pun kan? pakcik tu pakai cap korang nak tahu. begayo jugok, rambutnya putih hampir keseluruhannya, mukanya penuh kedut, dagunya...double chin, masih ralit membaca akhbar yang diletakkan di atas stereng. dalam hati aku, rajinnya pakcik ni, tapi mesti rajin lagi isterinya....(dia hanya hantar isterinya joging, tapi dia x joging..pada firasatku..heheh). aku pun sekadar berlalu meninggalkan pakcik tu meneruskan pembacaannya dan menuju ke gerai yang jual bekfes.

ini bukan pakcik yang aku maksudkan...
banyak gerai, aku beli la roti goreng, sayur dan surat khabar. agak2 dalam 15-20 minit jugak perjalanan aku pegi balik tuh. sampai di kereta, aku lihat pakcik pembaca surat khabar dalam kereta tadi masih dalam postur yang sama. tak bergerak langsung!!! aku dah panik. apa dah jadi?? aku pura baca paper di dalam tepi kereta juga dengan tujuan menskodeng pakcik tuh. seminit..dua minit...5 minit...masih tak bergerak. aku tamah panik dan mula la berfikir. dah meninggal ke pakcik nih? dalam drama slalu aku tengok orang tua sakit jantung meninggal dalam kereta sbb terkejut baca berita. kalau betul...apa aku kena buat?? aku terfikir2, mestilah aku kena jadi saksi sebagai orang pertama yg menemuinya, atau saksi dalam kes ni..arrrr,,,,mesti aku tegagap disoal polis nanti, lagi parah kalo aku pulak yg masuk berita (sebagai saksi, biasanya ada gambar kecil, paling koman pun ada nama dalam artikel berita nanti...)...tak mahuuu!!!!! bila tersedar begitu aku cepat terfikir "lebih baik aku balik je,,,buat2 tidak tahu..bila wife dia datang nanti, orang lain akan sedar lah". tapi fikiran kedua berkata "kalulah dia masih hidup, cuma pengsan..berdosanya kalau tak tolong, mana lah tahu dia masih boleh diselamatkan..." arghhhhhh...apa yang perlu aku buat nih?

Sementara tu aku fikir lagi..kesian pula rasanya. takpalah, aku tunggu lagi, kali ni aku betul2 duduk blkang kereta dengan sudut pandanganku betul2 tepat pada pakcik tu. beberapa minit kemudian, kulihat dia membelek surat khabar tu ke mukasurat baru. Adoyaiiiiii....pakcikkkkkkkkk. buat gempak je, masih bernafas rupanya. aku menarik nafas jugas....terasa tadi debaran aku menyebabkan umurku berkurang 2 tahun! pakcik, kenapa buat saya macam ni????? pakcik kenapa baca satu mukasurat pun ambik masa lama sangat............................???? pakcik mengeja ker??? ...walau jauh di sudut di sudut hati, aku bersyukur, pakcik masih mampu membelek ke mukasurat baru....yea yea  tak perlu ke balai polis! tak perlu jadi saksi!,...tenkiu pakcik!

Thursday, January 19, 2012

Tart Buah-buahan tak payah...senang saja (khas untuk yang serba kekurangan utensil memasak..hehe)

Nak buat tart sendiri kat rumah...tapi xde cukup kelengkapan? ni orang bujang lah...biasanya xde oven, xde mixer, xde loyang..jangan bimbang. anda masih mampu menghasilkan tat buatan tangan sendiri tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak untuk membeli keperluan2 memasak yang mahal2 tu (membazir je beli baru, sebab nak guna kadang2 je...kan ? kan? setuju tak??) ok, untuk kawan2 yang teringin sangat nak buat sendiri tat buah tu boleh la ikut cara di bawah; sila baca yea...

Bahan2:

1 paket instant custard powder                       RM3
3/4 cawan susu segar                                     RM1.20 (anggaran)
1 paket pastri- tart cup segera (12pcs)           RM2.70 (rungup dan boleh dimakan terus ni)
1/4 bar coklat masakan                                 RM5.90
Buah-buahan segar pilihan sendiri dipotong cumil2   

* Nota: semua bahan boleh didapati di kedai membekal bahan kek.

Utensil:
Tiada keperluan khas, gunalah apa2 yang ada kat dapur anda.   

Kaedah:
1. letak semua instant custard powder ke dalam bekas (ni pun nak kena cakap ker?). Lepas tu masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau sampai betul2 sebati. kalau rupa dia dah okay (rupa dia seperti custard yang dah masak..agak beku, seperti yang u olls makan custard yang siap dimasak tu la rupa dia). ketepikan....
2. Cairkan coklat pulak (guna dapur gas je...)
3. Ambil instant pastri (Rupa dia seperti cup...ada lekuk di tengah sebagai ruang nak letak inti. boleh terus   dimakan tanpa dimasak). susun dalam pinggan dan calitkan coklat cair tu di permukaan dalam pastry cup. Tujuannya supaya pastry x basah dan kurang rangup.
4. Isikan custard tadi ke dalam pastri. Hanya isi 3/4 penuh supaya ada ruang untuk letak buah pulak.
5. Susun buah elok2 atas custard.

Taraaaaaa...dah siap! Kalo nak cantik lagi dan nampak buah2 tu berkilau macam delima, sapu sedikit gula yang telah dicairkan di atas buah. Oh ya...buah tu ikut kegemaran u oll la, kalo saya, saya suka buah yang kecil dan senang dibeli je (cth: anggur, kiwi, straberi). Boleh juga letak buah dalam tin, cuma pastikan sirapnya ditapis dulu agar tidak rosak custard. peach dalam tin pun sesuai juga...sukahati u oll la nak baut pilihan.


gambar bawah ni saya google je, tapi hasil dia lebih kurang macam ni lah.

           

Monday, November 21, 2011

Harimau baham garuda

Tahniah! Tahnia! Tahniah! Tiada kata untuk untuk mengzahirkan tahniah dan terima kasih kepada team Harimau Muda. Jantung seperti hilang rentak, tak senang duduk, kadang tercongok kadang berdiri, kadang ke depan kadang ke belakang. Serba tak kena jadinya. Meniti kelibat setiap pemain, mana boleh duduk diam. Selawat dan tasbih mengiringi setiap gerakan anak bangsa yang berhempas pulas melawan serangan garuda yang tak berhenti menyerang. kiri dan kanan, depan dan belakang! Berapa kali pemain kita jatuh tersungkur..kita hanya mampu berbisik...BERTAHAN!!! dan berapa kali juga lawan kita tuh jadi pelakon di padang...meluat rasanya. Cuit sikit terguling2 macam orang nazak. terus dapat surat cinta. Kalo belah kita, dah patah riuk pun, lepas garu-garu daaaa yang botak tu berlakon minta maaf je terus referee diam! xde pulak nak layang2 kad kat depa. Kalo nak diiuktkan, mental sapa yang "tak mental"??

namun, setelah berjuang berhabis-habisan...harimau yang cedera masih mampu melenyapkan harapan indonesia, sekaligus memakbulkan harapan penyokong team malaysia yang tak berhenti-henti mendoakan kejayaan mereka dari jauh. Ketinggalan 1-0 pada minit awal menyentakkan juga! namun nyata pemain masih mampu mengekalkan rentak dan semangat juang. gol penyamaan dari Asra menyemarakkan semula semangat pemain. Sukar...memang sukar bermain dengan masa yang panjang..lebih 2 jam. Penalti jugak akhirnya...tak kisahlah. Sepakan bertenaga ke pintu sarang garuda dari Badrol mengembalikan maruah negara. sekaligus melenyapkan harapan jutaan penyokong garuda. Penalti : 4-3. Masa sebegitu lama hanya untuk yang benar2 wira, orang biasa macam kita ni..lari tak sampai 10 minit dan pancit.



Untuk wira yang tidak pernah berhenti berjuang, dan juga jurulatih yang tidak kenal jemu, kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan anda semua. Keep it up. Terus berjuang!!! BERUSAHA BERUSAHA!!!Terima kasih kerana menjadikan hari2 kami lebih terang dan bertenaga!

Thursday, October 27, 2011

Bersedihkah dia?

kuterima berita darinya
disampaikan duka
atau helah penenang jiwa?

dalam titip tulisannya bernada gelisah
dalam hela nafasnya ada ritma kesah
menuding pesalah tak mampu memberi noktah
kelemasan dia dalam pasrah yang tak sudah

sedang meranakah dia di sana?
berlembar nota yang menghimpun resah
dilayangkan padaku yang sukar mengerti
menderitakah dia?
mengharapkan jawapan lain selayaknya
bersedihkah dia?
bila jawapanku hanyalah
............. friend, its ok. there's nothing.


Tuesday, October 18, 2011

brekfes..lalala

My breakfast..start my day with hot drink and oat cracker..then do my work as scheduled. mY work...hahhaa, read without digest, but have to conclude what they discuss about into 1-4 words. more than that, read author's  mind.