bukansiput

Monday, March 11, 2013

jalan-jalan cuci muka Redang pt.1

Mari menghabiskan cuti tahunan dengan mengaktifkan deria di sekitar tanah air....memang jelas di perairan Malaysia sahaja. Ini adalah projek mengabiskan cuti (sebagimana tersebut di atas) bagi kami kumpulan beceloret yang nampak sangat xdak kije di awal taun. Ini adalah entri bergambar, sbb saya malas menulis.

Tempat: Pulau Redang, Ganu kite ...ikut koordinat pulak 5.7750° N, 103.0150° E
Tarikh: 1-3 Mac 2013 siang malam pagi petang
Masa: Mengikut tentatif penganjur (masa yang slalu kita lupakan, tapi masa tak pernah lupa kita)
pantai yang tenang jangan disangka tiada buaya ;)

Bangun tido, dengan tak mandi kami berjalan sambil pejam mata ke pantai semata2 nk snap gambo ni....


kalo tengok badai macam ni tak jadilah nak mendera diri mandi pagi di pantai....eee



setakat ni lah dulu... kalo esok masih ada tu, adalah susulan kisah berenang2 pulak. hehe . ok diakhiri dengan word of day "SAVE THE BEACH"

Friday, September 7, 2012

adat semasa berkunjung ke rumah terbuka (mood raya lagi kan..)

Salam,

Cemana raya? ok..dah menghampiri minggu terakhir syawal ni, tetiba je ada rumah terbuka nak kena pergi. baguslah tu..gaji pun lambat lagi kan? hehhee...Disebabkan masih dalam mood raya ni, lulu nak berkongsi pendapat dan adat semasa kita mengunjungi rumah teman2, sedara mara, jejiran...atau rumah terbuka la senang citer...walaupun xdelah banyak rumah terbuka yang lulu pergi, uols la, x jemput pun lulu ni ha, tak baik u ols taw...hukhuk.

Dah dah..jom ikuti tatacara sebagaimana pendapat lulu sebagai orang melayu kampung yang berbudi bahasa bersopan santun gitu...yerrrr kerrr? (jangan dengki, sekali sekala nak jugak lulu memperasankan diri..kihkih).

Tatacara/tatatertib/adat mengunjungi openhouse seperti berikut:

1. cubalah sedaya upaya penuhi undangan open house yang diterima (pandai2lah u ols susun time sendiri). Orang dah jemput ni, x baik kita hampakan..kan gitu ker?
2. Ikut time tuan rumah...kalo dia kata open dari kul 10 pagi  tu, jangan lah  u ols datang kul 6 pagi lak (melainkan kalo nak tolong masak skali..)
3.  Sebelum masuk, bagi salam dulu yer..jangan main terjah jer..di sini dimaklumkan jugak, kalo u ols yg sampai dulu dan tetamu yang terkemudian tu bagi salam, korang dalam rumah tu jangan buat derkkkk je...syok makan sampai x jawab salam orang kat luar nun..isk, x sopan la gitu...salam tu wajib jawab..ada paham!
4. bila masuk umah tu, janganlah jalan menonong je kot iya pun tu rumah mak sedara korang yang paling kamceng. Salam la tetamu lain yang dah ada dalam umah tu (agak2la.....kalo x dapat slm semua, salam la yang mana korang lalu depan idung diorang tu pun kira ok dah...) ni satu lagi, jangan salam rawak pulak, salamlah dengan orang yang kamu dihalalkan bersalam...jangan lebey2, ku ketuk kang...
5. Lalu depan orang tu, tundukkan sikit badan..(posisi badan jangan tegak macam berkawad walaupun korang askar komando sekalipun)..Ini sebagai tanda menghormati tetamu lain, diaorang pun paham la tu, kita nak bagitau diorang kita tengah mintak tumpang lalu...tak paham jugak tak tahulah..
6. Dah jumpa tuan umah, boleh la makan..(kalo tuan umah sibuk sangat  sampai susah nak bersapa, korang makan jelah...jimat masa, pasni nak gi umah lain pulak kan?..hehehe. ni ajaran sesat pun ku tak tahulah...main taram saja)
7. Makan ni ambil la yang dekat dulu, pastu bolehlah pusing lipat..kihkih. Makan aje apa yg tuan umah sedia, jangan banyak komplen..komplen banyak betul, buatlah sendiri tengok....
8. Jika kita ni muda, gadis muda belia macam i ni la (hikhik..sambil ketawa bersopan ni taw), ambilkanlah hidangan untuk yang lebih tua...jangan korang buat hal pegi berebut sapa dulu pulak dengan yang dah veteran2 tu..kang tak pasal2 kena libas ngan tongkat diorang..lulu tak jamin u ols...(kepada yang muda belia bertenaga gagah perkasa lagi tuh..ambiklah sendiri..huh)
9. Makan pun pandang la kiri kanan, jangan wat buruk lantak pulak...makanlah seadanya, simpan skit perut tu nak gi umah orang lain pulak pasni kan....
10. Menyembang tu boleh, xde salah asalkan jangan over sampai ganggu orang lain pulak. ditekankan di sini, jangan jadikan rumah terbuka medan korang mengumpat pulak...elok2 tadi niat baik cara baik, jangan cemarkan denagn sesi umpat, makan ketupat je udahlah. maklumlah jumpa kawan lama ni banyak mende nak stori mori kan? bercakaplah selagi korang terdaya...dan make sure orang lain pun terdaya nk dengar, jangan cakap sorang2 sudahla.
11. jangan duduk berkampung pulak, tuan umah dah banyak kali tengok (diorang xkan la nak cakap 'nak tido sini ker?'). u ols agak2 la, jangan berlama2 sangat, tuan umah punnak berehat jugak...xkanlah nak layan korang sepanjang hari...tolong basuh pinggan ada gak pekdahnya.
12. Bila nak balik maklumkan pada tuan umah dan ucapkan terima kasih kepadanya.

Ni pendapat peribadi je, u ols nak ikut ke xnak ker, sokahati lah.

esok ada openhouse, yea yea....

Monday, September 3, 2012

masam manis raya 2012

i nak jugak cerita pasal raya. jeles lak tengok ramai orang cakap pasal raya ni, well setiap orang ada cerita ceriti sendiri kan? raya taun ni macam kek sarawak, ada masam manis..manis masam, begitulah perumpamaanya.

yang manis dulu:

malaslah i nak menaip: letak gambar je senang

            kue tuk berbuka..dappnya akok ngan pulut serikaya tuhhhh...yummmy (kue tunjuk2 ok!)
          Kepada yng tak kenal, diperkenalkan inilah buluh lemang...ish ish susah budak2 bandar skang ni buluh lemang ada masalah nak kenal..emmm

(pulut + santan + garam ) x isi dlm buluh = LEMANG
puan-puan, ni la bahan-bahan nak buat acar timun mentah (baca slang cep wan u ols)
gulai darat (sbb belum masuk air)
                              
 Ok, dahlah beriang-ria tuh. dalam riang-ria aidilfitri tahun ini, terselit jugak la episod sedih bagi kampung kami kerana insiden jalan raya yang melibatkan warga sekampung dgn kami. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

nampaknya bab raya macam dah habis.

Friday, February 10, 2012

seorang tua membaca akhbar dalam kereta...senyap sahaja

cuti panjang. 4 hari kesemuanya.

ini cerita sebenar, bukan rekaan, berlaku depan mata sendirik nih. gini, hari cuti last week aku isi masa lapang setiap pagi gi joging. pagi2 lepas ayam berkokok je (alarm enset, kokokan dia siap ada lirik u ols...nak dengar ayam betul yg berkokok, jangan haraplah zaman skrang ni sbb ayam yg boleh berkokok dah pupus...hatta kat kampung aku skalipun, jarang skali aku dengar ayam berkokok-tidak pasti pula aku tak dengar disebabkan memang ayam yg berkokok dah pupus aku aku yang tido mati langsung x dengar ayam tu berkokok demi bangunkan orang kampung dari lena yang panjang) melalut lagi...oh tidak, kembali!

Pagi yang sejuk2 tu aku kuar rumah, aku pastikan aku kuar rumah sebelum jam 7 pagi. baru ada feel nak joging, hari belum panas, matahari pun masih malu2 nak munculkan diri. pada hari tu, aku hanya buat 2 round je. tu pun dah longgar segala urat sarat sendi yang tersimpul. tak mampu lagi aku nak cat walk sbb dah lolah sangat. aku kembali ke kereta dan ambik duit sikit nak beli sarapan kat gerai dekat situ. masa aku tengah kira duit, aku tengok kereta sebelah...dengan jelingan manja. ada seorang tua dalam lingkungan 60an kot sedang baca akhbar kat kerusi pemandu. u ol jgn heran pulak, kereta dia tak idup pun, lokasi adalah tempat parking di taman yang digunakan oleh public. kotlah korang salah paham ingat aku tengah maksudkan kereta tu tengah bergerak. so, xdelah heran mana pun kan? pakcik tu pakai cap korang nak tahu. begayo jugok, rambutnya putih hampir keseluruhannya, mukanya penuh kedut, dagunya...double chin, masih ralit membaca akhbar yang diletakkan di atas stereng. dalam hati aku, rajinnya pakcik ni, tapi mesti rajin lagi isterinya....(dia hanya hantar isterinya joging, tapi dia x joging..pada firasatku..heheh). aku pun sekadar berlalu meninggalkan pakcik tu meneruskan pembacaannya dan menuju ke gerai yang jual bekfes.

ini bukan pakcik yang aku maksudkan...
banyak gerai, aku beli la roti goreng, sayur dan surat khabar. agak2 dalam 15-20 minit jugak perjalanan aku pegi balik tuh. sampai di kereta, aku lihat pakcik pembaca surat khabar dalam kereta tadi masih dalam postur yang sama. tak bergerak langsung!!! aku dah panik. apa dah jadi?? aku pura baca paper di dalam tepi kereta juga dengan tujuan menskodeng pakcik tuh. seminit..dua minit...5 minit...masih tak bergerak. aku tamah panik dan mula la berfikir. dah meninggal ke pakcik nih? dalam drama slalu aku tengok orang tua sakit jantung meninggal dalam kereta sbb terkejut baca berita. kalau betul...apa aku kena buat?? aku terfikir2, mestilah aku kena jadi saksi sebagai orang pertama yg menemuinya, atau saksi dalam kes ni..arrrr,,,,mesti aku tegagap disoal polis nanti, lagi parah kalo aku pulak yg masuk berita (sebagai saksi, biasanya ada gambar kecil, paling koman pun ada nama dalam artikel berita nanti...)...tak mahuuu!!!!! bila tersedar begitu aku cepat terfikir "lebih baik aku balik je,,,buat2 tidak tahu..bila wife dia datang nanti, orang lain akan sedar lah". tapi fikiran kedua berkata "kalulah dia masih hidup, cuma pengsan..berdosanya kalau tak tolong, mana lah tahu dia masih boleh diselamatkan..." arghhhhhh...apa yang perlu aku buat nih?

Sementara tu aku fikir lagi..kesian pula rasanya. takpalah, aku tunggu lagi, kali ni aku betul2 duduk blkang kereta dengan sudut pandanganku betul2 tepat pada pakcik tu. beberapa minit kemudian, kulihat dia membelek surat khabar tu ke mukasurat baru. Adoyaiiiiii....pakcikkkkkkkkk. buat gempak je, masih bernafas rupanya. aku menarik nafas jugas....terasa tadi debaran aku menyebabkan umurku berkurang 2 tahun! pakcik, kenapa buat saya macam ni????? pakcik kenapa baca satu mukasurat pun ambik masa lama sangat............................???? pakcik mengeja ker??? ...walau jauh di sudut di sudut hati, aku bersyukur, pakcik masih mampu membelek ke mukasurat baru....yea yea  tak perlu ke balai polis! tak perlu jadi saksi!,...tenkiu pakcik!

Thursday, January 19, 2012

Tart Buah-buahan tak payah...senang saja (khas untuk yang serba kekurangan utensil memasak..hehe)

Nak buat tart sendiri kat rumah...tapi xde cukup kelengkapan? ni orang bujang lah...biasanya xde oven, xde mixer, xde loyang..jangan bimbang. anda masih mampu menghasilkan tat buatan tangan sendiri tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak untuk membeli keperluan2 memasak yang mahal2 tu (membazir je beli baru, sebab nak guna kadang2 je...kan ? kan? setuju tak??) ok, untuk kawan2 yang teringin sangat nak buat sendiri tat buah tu boleh la ikut cara di bawah; sila baca yea...

Bahan2:

1 paket instant custard powder                       RM3
3/4 cawan susu segar                                     RM1.20 (anggaran)
1 paket pastri- tart cup segera (12pcs)           RM2.70 (rungup dan boleh dimakan terus ni)
1/4 bar coklat masakan                                 RM5.90
Buah-buahan segar pilihan sendiri dipotong cumil2   

* Nota: semua bahan boleh didapati di kedai membekal bahan kek.

Utensil:
Tiada keperluan khas, gunalah apa2 yang ada kat dapur anda.   

Kaedah:
1. letak semua instant custard powder ke dalam bekas (ni pun nak kena cakap ker?). Lepas tu masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau sampai betul2 sebati. kalau rupa dia dah okay (rupa dia seperti custard yang dah masak..agak beku, seperti yang u olls makan custard yang siap dimasak tu la rupa dia). ketepikan....
2. Cairkan coklat pulak (guna dapur gas je...)
3. Ambil instant pastri (Rupa dia seperti cup...ada lekuk di tengah sebagai ruang nak letak inti. boleh terus   dimakan tanpa dimasak). susun dalam pinggan dan calitkan coklat cair tu di permukaan dalam pastry cup. Tujuannya supaya pastry x basah dan kurang rangup.
4. Isikan custard tadi ke dalam pastri. Hanya isi 3/4 penuh supaya ada ruang untuk letak buah pulak.
5. Susun buah elok2 atas custard.

Taraaaaaa...dah siap! Kalo nak cantik lagi dan nampak buah2 tu berkilau macam delima, sapu sedikit gula yang telah dicairkan di atas buah. Oh ya...buah tu ikut kegemaran u oll la, kalo saya, saya suka buah yang kecil dan senang dibeli je (cth: anggur, kiwi, straberi). Boleh juga letak buah dalam tin, cuma pastikan sirapnya ditapis dulu agar tidak rosak custard. peach dalam tin pun sesuai juga...sukahati u oll la nak baut pilihan.


gambar bawah ni saya google je, tapi hasil dia lebih kurang macam ni lah.

           

Monday, November 21, 2011

Harimau baham garuda

Tahniah! Tahnia! Tahniah! Tiada kata untuk untuk mengzahirkan tahniah dan terima kasih kepada team Harimau Muda. Jantung seperti hilang rentak, tak senang duduk, kadang tercongok kadang berdiri, kadang ke depan kadang ke belakang. Serba tak kena jadinya. Meniti kelibat setiap pemain, mana boleh duduk diam. Selawat dan tasbih mengiringi setiap gerakan anak bangsa yang berhempas pulas melawan serangan garuda yang tak berhenti menyerang. kiri dan kanan, depan dan belakang! Berapa kali pemain kita jatuh tersungkur..kita hanya mampu berbisik...BERTAHAN!!! dan berapa kali juga lawan kita tuh jadi pelakon di padang...meluat rasanya. Cuit sikit terguling2 macam orang nazak. terus dapat surat cinta. Kalo belah kita, dah patah riuk pun, lepas garu-garu daaaa yang botak tu berlakon minta maaf je terus referee diam! xde pulak nak layang2 kad kat depa. Kalo nak diiuktkan, mental sapa yang "tak mental"??

namun, setelah berjuang berhabis-habisan...harimau yang cedera masih mampu melenyapkan harapan indonesia, sekaligus memakbulkan harapan penyokong team malaysia yang tak berhenti-henti mendoakan kejayaan mereka dari jauh. Ketinggalan 1-0 pada minit awal menyentakkan juga! namun nyata pemain masih mampu mengekalkan rentak dan semangat juang. gol penyamaan dari Asra menyemarakkan semula semangat pemain. Sukar...memang sukar bermain dengan masa yang panjang..lebih 2 jam. Penalti jugak akhirnya...tak kisahlah. Sepakan bertenaga ke pintu sarang garuda dari Badrol mengembalikan maruah negara. sekaligus melenyapkan harapan jutaan penyokong garuda. Penalti : 4-3. Masa sebegitu lama hanya untuk yang benar2 wira, orang biasa macam kita ni..lari tak sampai 10 minit dan pancit.



Untuk wira yang tidak pernah berhenti berjuang, dan juga jurulatih yang tidak kenal jemu, kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan anda semua. Keep it up. Terus berjuang!!! BERUSAHA BERUSAHA!!!Terima kasih kerana menjadikan hari2 kami lebih terang dan bertenaga!

Thursday, October 27, 2011

Bersedihkah dia?

kuterima berita darinya
disampaikan duka
atau helah penenang jiwa?

dalam titip tulisannya bernada gelisah
dalam hela nafasnya ada ritma kesah
menuding pesalah tak mampu memberi noktah
kelemasan dia dalam pasrah yang tak sudah

sedang meranakah dia di sana?
berlembar nota yang menghimpun resah
dilayangkan padaku yang sukar mengerti
menderitakah dia?
mengharapkan jawapan lain selayaknya
bersedihkah dia?
bila jawapanku hanyalah
............. friend, its ok. there's nothing.


Tuesday, October 18, 2011

brekfes..lalala

My breakfast..start my day with hot drink and oat cracker..then do my work as scheduled. mY work...hahhaa, read without digest, but have to conclude what they discuss about into 1-4 words. more than that, read author's  mind.

Wednesday, October 12, 2011

Beli pun sodap....

Nak buat ke nak beli?..tiba-tiba je rasa nak makan kek..hmmm, sedapnya bole mkn kek ngan hot chocs. teh o pun ok. Better buat sendiri ke better beli? mana yang lagi sedap..kalo buat, belum tentu jadik, kalo beli...kalo x jadi, bukan salah kita tapi salah adunan pengeluar. belayar jap...ha jumpalah senarai ranking kek sedap di pasaran mengikut majalah Bon Appetite. Ni lah ranking ikut kategori Yellow cake mix (straight-from-the-box) kan senang tuh.


Favorites for Flavor

#1 Betty Crocker Super Moist Yellow Cake Mix


 
   
 
 
#2 Duncan Hines Moist Deluxe Classic Yellow Cake Mix



#3 Pillsbury Moist Supreme Classic Yellow Cake Mix






Source : BonAppetit.com

Monday, July 4, 2011

hari minggu oh hari miggu

hari miggu. bangun pepagi aku rasa sangat le boring. nak sambung tido, ustaz aku ckp, rezeki xnak dekat nnti. setelah berpikir2, aku decide utk bangun jelah. aku jenguk dapur, ingatkan nak perabes nasik dingin smalam...belek cooker, loh, xdak apa????ooo..mana ada aku masak semalam, mkn kat opis je. dah lama jugak x masak ni..tumpul nnti bakat terendam yang ada. next time la. (slalunye berapa puluh next time pun x jadi2 jugak..bukan silap aku, dah xde kesempatan nak wat cemana..bukan salah aku kan? kan?) ok, sku selongkar lagi..adala roti sandwich..apalagi, terhasillah scramble egg + roti + mayonis + secawan nescafe. Korang mesti ingat aku keseorangan di rumah bujang ni kan? hahah..sebenarnya ada orang lain...ni aku nak mengutuk diorang skit. sorang xpela, outstesen, x salah dia la kan. 2 orang lagi ni..mengulau lagi time aku syok bersaparan sorang diri nih...aku jaki la tgk depa best je layan mimpi...aku bukak radio kuat2...oooo, sempat lagi deme 2 ni tarik bantal tutup tlinga. xpe..xpe..aku bagi ceramah sedas 2 das kat telinga depa dengan gaya mak tiri sejati..terbangun la 2 baby tua tu. depa ni cuti sem je lepak umah aku, saja la tuh melarikn diri dari tanggungjawab sosial...kalo kat umah, dah kena sembur ngan mak aku ni. tapi, balik nnti report tetap report kat mak aku, konfem depa kena ceramah ke2..hah sonot sonot.

sambil menunggu depa mandi, aku menikmati bekfes aku yang saat itu aku rasa seperti terbaik dalam miggu ni. siap ada dizet lagih nih..krepek pisang ngan ikan bilis. yummy yummy. dah siap sumer kami bertiga meredah heway menuju s.alam dengan ingatan yang tak berapa ingat jalan menuju ke bkit cerakah. seperti biasa, perlu u-turn untuk sampai (mesti terlepas dulu jalan yg benar..lama skit xpe, yang penting sampai akhirnya). aku dah lama x pegi s.alam, sure la ingat2 lupa jalan kat sini (boleh pakai tak halasan tu..?)

kami tertunggu gak mana adik laki x pernah kemas yang pau duit 2 ringgit tiapkali msuk parking ri tu. xde plak ri ni. parking free ker? waah..bagus bagus..lps tu berjalan la kami bertiga menuju ke kunter tiket. masa tu cuaca dah agak panas jugak la. kul 12 thari, mana nak sejuk lagi dah..hmm

Tiket masuk: RM3 x 3 orang = RM9
100 plus = 2.50

booking waiting list dulu kat tempat sewa beskal. sejam pertama = RM5, tambah RM1 untuk 1 jam seterusnya. aku tulis nama aku masa register tuh. budak kaunter tu senyum2 lepas aku tulis nama. saja la tuh gelakkan nama aku. cheh...pastu adik tu panggil nama orang yg dalam list tu kuat2...xde sorang pun yg menyahut. cepat la nampaknya giliran aku nnti. sampai nama aku, dia sebut perlahan jer..pastu senyum2..aku geram je nak sound "apa??? ko rasa lawak ke nama aku? ko sengih2 apasal??"..tapi tu dalam ati je..x gentleman plak kalo aku sound sebegitu rupa, arghh..,x puas ati! akuamik beskal cepat2 n blah cepat2...round2 kawasan je...lenguh jugak time mendaki tuh..metabolisma aku dah menurun ke? cepat je letih ni....eh, metabolisma plak, stamina la....

sebab dah tak larat, aku berguling2 kat tasik sebelum masuk rumah 4 musim. lepak kat situ je. msuk umh 4 musim, xde apa pun..sbb xdak musim..hmmm nasib baik free..just dapat sejukkan badan jela..kam berpusing2 je, sambil amik gamba sesnap dua. gambar bukti, kang ada yang tanya betul ke pegi, bulih tunjuk bukti dengan angkuhnya..hehe. ala,,,dah penat,,balik la. tak dan nak round sumer, sbb kepenatan tahan kritikal nih..return beskal kul 1.30

sewa beskal : RM5 x 3 = RM15

Perut pun ngah menyanyi lagu hiphop nih. berkecamuk je rentaknya. singgah solat zohor kat mesjid salahudin. pastu terus berdesup ke pkns..cari nasik la wey....lapo lapo nih. siap makan, pusing2 jap...terus balik umah. yeayea...kali ni x sesat lagi. cepat jela samapi umah.

malam, sambung baca novel yg dibeli 2 miggu lepas...ntah bila nak abes, sampai kul 4 pg tak abes2 jugak.tebalnya..baik aku tido jela...zzzzzz

Tuesday, June 21, 2011

If you were..Then,..

If you were to go
...Then you could just fly away


If you were to leave
...Then you could pick any train
How could I send you away?
...Then you could feel free to move

Tuesday, May 31, 2011

beday...i dun like it

dia year no cake, but ice cream..yummy

ari minggu lepas beday aku. Bila time bday jer..aku slalu pikir "cepatnya masa berjalan, banyak lagi tak buat..sempat ke aku buat sebelum bday terakhir???"..seram pulak aku fikir balik, umo makin banyak tapi xde apa yg aku capai..bila kira balik, tak banyak perkara yang membanggakan aku buat sepanjang usia ni, yang memalukan diri sendiri tu banyak la pulak..tiap hari ada saja benda yang boleh buat aku rasa macam "alamak...kena lagi ke????". Rasa betapa singkatnya hidup...macam baru je aku bersesak nafas ambik PMR..tup2 dah sejauh ni bilangannya (tahun semasa tolak tahun mak aku lahirkan aku dengan susah payah). Masih rasa segar lagi dalam pemikiran aku (yang selalu hilang ingatan ni) rentetan pkr yg aku buat spt di bawah. dah kata rentetan tu, faham2 je la..kedudukan masa perkara yang dicatatkan adalah mengikut turutan seperti berikut:

zaman bak beringus
attend skola rendah
sayang cikgu
windu kawan
kampung life
tangkap ikan
camping
skolah menengah..ala, cepatnya masa
campus life..windunye
working life..no comment lah


...hmmm

Saya suka balik kampung

Esok saya nak balik kampung,,,nun jauh kat ujung negeri segantang beras tak berguni. tapi dah genap seminggu saya dalam mood balik kampung, badan je kat sini, hati dan jiwa dan terbang dengan aktiviti dan panorama bendang padi yang dah berubah wajah jadi bendang tembikai. Mata dan layar pandangan dikaburi budak-budak round kampung di waktu petang, ada yang bertenggek di tepi jalan membincnagkan isu-isu semasa dan isu lapuk. Halwa telinga saya hanya ditimpa bunyi air sungai mengalir laju (dan bebelan mak saya juga kadang2 singgah), bunyi kokok ayam suruh bangun subuh..kicauan burung kasi warning "oii dah pagiii....jangan nak membuta!!!"....tambah best lagi, hanya aroma kampung yang melalui hidung saya...bau asap api, bau baruh, bau rumput....(yang wangi je, yang kurang wangi...keep it secret..hahaha)

waduh..aku ditimpa sentimental pulak...kembali!!! kembali!!!!

ok, dah kembali ke alam nyata. Time nak balik ni la pula tetiba makin banyak keje nak kena setel..huhu. tak boleh jadi nih..berusaha! berusaha! mengclearkan meja sebelum balik. sebelum ni xdak, time kecemasan macam ni la sumer kena due date..kejar jangan sampai terlepas due date..Masa aku free dan kelapangan dia xnak kunjung tiba walaupun eden memakso, saja la ni..huuhu.

Wednesday, May 4, 2011

klbf sesak nafas


Orang dok cerita pasal klbf, kat tibi pun dok pomot pasal klbf...KL Book fair ya...aku pun amik kesempatan di ari minggu ..trun dari umah kul 11 pg ngan my pren..kat kul 12 baru sampai, jalan..adushhh jammed gilerr....parking toksah citer rrr, memang jangan mimpi dapat..aku park kat tepi h/way...kalau kena saman= xpe....kalau kena clamp= haruuuu....alaahh...byk yg park kat sintu, for sure stock clamp abes nyer..ok, berbalik ke citer kat dalam lak, aku n pren masuk la menjengah..selaut manusia. dok terpikir, dari mana sumer sampai leh jadi seramai ni? sampai nak jalan pun bersesak sesak..suasananya boleh digambarkan spt korang jalan kat Jalan TAR masa dekat nak raya...gitulah rupanya. Aku nyer plan, nak beli itu ini dah terbantut..memang x mampu sampai ke tmpt dituju, kkami sempat pegi satu tempat je...capai je 2-3 buku kat situ dan blah....otak xleh fikir apa, main tarik je. xde nak tgk2 dulu, belek2 dulu, semak2 dulu...dah balik umah baru check, buku apa yang aku beli tadi???? huhu.....sedis tol. apapun aku dah abes baca sumer selepas tempoh 4 ari. buku yang x besh tu aku langkau jela...wat conclusion sendirik..heheh

Wednesday, April 6, 2011

mari menonton ya adik adik....


date: 1 April 2011
Time: 8.30 pm

enjoy watching awie..ups ekceli..Lat ...awie was the actor who played Lat's character..kebetulan saja, hari aku pegi nonton nya sama dgn ex-pm dan dato' Lat skali..so the audiences is full..n fully seated....untung Hans n da gang..

golap ehh...


saya budak baru belajar

its about 2 weeks...i attended cooking class..i take it as learning period to know how and why for every single my confusion...i just wanna know, why they do like that? and how the right way to make sumthing better...my instructor showed me what i expected to know..of course in her style la..never mind. so, todate, i learned how to bake 3 recepies..butter, chocolate and carrot cakes.dun b jealous huh. upss...plus cheesy taste topping also. hehe
here i share wif u..aneyy..wanna try these? then come over here..hahha
machine...cook's bestfriend
butter cup cake
chocolate cup cake..yummy yummy
carrot cake with cheese topping
i wanna all!!!

Monday, March 14, 2011

fact of the day : Cities

tHE Only cit in two countinents: Istanbul, Turkey is partly in Europe and partly in Asia.


The only city centre with no cars is Venice. its only traffic is boats on the canals.


* renungkan, jangan dok termenung je....
cheqkam berangan dah sampai ke Venice..nak pegi xdak wit..uhuk, menabung spoh taun bau dapat pi ko...

Fact of the day : The world in a single day




in one day (24 hours or 1440 minutes or 86400 seconds), the world turn once on its axis. During taht time, an average 364,936 people are born and 152,029 people die.


renung-renungkan, jangan asyik termenung

Sunday, March 6, 2011

snail

sometimes the way home takes so long
sometimes i get so tired and exhausted
as soon as i opened the door, i fall asleep
and when i wake up no one is there
when i lay my body in the small bathtub
a small snail comes to me
with his small voice, he whispered to me
*that someday when that day comes
i will go to the ocean at the end of this harsh world
no one saw it but
i will follow the waves that i can hear in my head
i want to go forever
on the road filled with cars
in as small corner store
i headed out on the street
with a pack of cigarettes and a melting ice cream bar
the sun is up high, shining on me
when small snail suddenly comes to me
and greets me
and sings for me quietly
*that someday when that day comes
i will go to the ocean at the end of this harsh world
no one saw it but
i will follow the waves that i can hear in my head
i want to go forever
i gave up my everything but
now everything is fading away like smoke
with my remaining strength
to finally satisfy and get rid of my dreams
to forget everything
i will cross the sea



Wednesday, March 2, 2011

sori pak...tak sengaja

Balik kerja kul 5.25 semalam. mata aku rasakan seperti takmau dibukak bukak lagi...mendaki bukit...hujung bukit ada simpang...byk kereta dari belah kiri sampai aku x boleh nak celah masuk line...jalan pulak masa bagai terhenti...sumer keta x bergerak. aku hulur sikit moncung aku sbb takut terrevers ke blakang. macam hari tu..hampir2 jer aku terrevers dan rempuh keta orang belakang. dah la tempat bukit..kalo terundur ..konfem naya org kat blkang (sbb tu la jgn dok rapat sgt...kang dah susah)..
sambung balik citer td..
baru je aku nk masuk line, keta dari arah kiri macam tak bagi  aku masuk...dia jalan terus je jgk..aku berenti la, dia pun berenti..la ni nak bagi ke x bagi ke tak ni? aku ngn x sengaja angkat kening tinggi2 (bermaksud,,,bagi ker tak bagi nih???) ..dia pun ngn bersopannya hulur tangan (yg bermaksud..sila sila...sila pegi dulu ..dah nak sangat...) hhhe

lepas tu baru aku perasan...berlagaknya ku?%*$#(@+

.....maaf pak, patik tak sengaja. dan...x berani dah nk tgk belakang pagi lepas tu..jalan terus je...hehehe